KUCHING, 10 Nov: Expo Non Timber Forest Products (NTFP) Zon Tengah kini kembali lagi bermula esok, 11 hingga 19 November di pusat beli-belah Plaza Merdeka di sini.
Menurut laman Facebook Jabatan Hutan Sarawak, expo itu akan mengenegahkan pelbagai produk bukan hasil hutan dari pelbagai bahagian di Sarawak seperti Bintulu, Mukah, Sibu, Sarikei, dan Kapit.

“Expo tersebut akan mempamerkan pelbagai produk hasil hutan bukan kayu seperti kraftangan, perubatan tradisional dan makanan tempatan,” menurut hantaran berkenaan.
Paling menarik, pertandingan mewarna turut diadakan untuk kanak-kanak yang datang berkunjung.
