Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menghantar bantuan kemanusiaan pertamanya sejak bulan lepas ke utara Gaza. Foto AFP

“Andai neraka itu di bumi, Gazalah tempatnya” – Jurucakap PBB

ByBernama

GENEVA, 10 Nov: Pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat berkata badan antarabangsa itu tidak boleh menghantar trak bantuan ke utara Gaza berikutan konflik yang tercetus di wilayah yang dikepung itu.

“Jika neraka itu di bumi, utara Gazalah tempatnya,” kata jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Jens Laerke pada taklimat akhbar mingguan di Geneva.

Laerke berkata trak yang membawa bantuan kemanusiaan PBB hanya sampai ke selatan Semenanjung Gaza dan tidak dapat memasuki ke kawasan utara Gaza yang didiami ratusan ribu penduduk, lapor Agensi Anadolu.

Sekumpulan pakar PBB baru-baru ini memberi amaran bahawa rakyat Palestin berisiko menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai memandangkan rejim Israel terus mengepung Semenanjung Gaza.

Sekurang-kurangnya 10,812 rakyat Palestin, termasuk 4,412 kanak-kanak dan 2,918 wanita terbunuh di Gaza sejak 7 Okt, menurut pihak berkuasa Palestin -TVS

Tags: gaza, pbb

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan