Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Warga pendidik bersama murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Semop Daro semasa menghasilkan video sempena sambutan Minggu Solidariti Palestin peringkat sekolah, baru-baru ini. Foto: SK Semop, Daro

Video solidariti Palestin SK Semop curi perhatian, raih 3 juta tontonan

DARO, 9 Nov: Ringkas namun penuh bermakna sehingga tular dan berjaya menarik perhatian lebih tiga juta tontonan di media sosial.

Kejayaan manis itu dilakar Sekolah Kebangsaan (SK) Semop Daro selepas menghasilkan video khas berdurasi 3.47 minit sempena sambutan Minggu Solidariti Palestin peringkat sekolah, baru-baru ini.

Guru Besar SK Semop, Mohardin Mohatar berkata, video berkenaan bukan sahaja mengundang sebak tetapi juga berupaya menuai pelbagai reaksi dan komen yang positif dalam kalangan warga internet di seluruh negara.

“Seluruh warga SK Semop berasa sangat terharu dan gembira dengan sokongan yang diberikan oleh warga internet, komen-komen yang sangat positif. Insya-Allah video ini akan sampai ke Palestin sebagai tanda sokongan kita,” katanya ketika ditemui TVS semalam.

Menurutnya lagi, Minggu Solidariti Palestin ini memberi ruang guru dan murid SK Semop menzahirkan sokongan dan rasa simpati mereka terhadap kesengsaraan rakyat Palestin akibat peperangan.

“Banyak hikmah yang kita dapat, pertamanya saya melihat komen-komen semuanya positif dengan doa yang baik-baik. Kebanyakan orang yang tidak tahu kewujudan sekolah ini berada di mana, sekarang mereka tahu sekolah ini berada di Daro. Harapan saya benda seperti ini sangat baik dan banyak membantu sekolah sebenarnya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Guru Panitia Pendidikan Islam, Kalthoum Hanapi berkata, video yang membawa mesej kemanusiaan itu terhasil daripada kerjasama padu semua tenaga pengajar sekolah berkenaan.

“Alhamdulilah, saya dikelilingi oleh rakan-rakan sekerja yang sangat memberi kerjasama. Pada hari guru besar mengamanahkan tugas ini kepada saya, kami semua bersama-sama duduk berbincang beramai-ramai.

“Bukan setakat ahli panitia saya sendiri, iaitu panitia Pendidikan Islam tetapi termasuklah guru Pendidikan Moral, Bahasa Arab malahan juga kita bawa sekali guru-guru kafa untuk terlibat dan memberi kerjasama.” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan