Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Marzunisham Omar berkata beban hutang berlaku akibat pengurusan kewangan yang lemah sejak usia muda. Foto: UKAS

Satu daripada tiga rakyat Malaysia dibebani hutang

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 9 Nov: Satu daripada tiga rakyat Malaysia dibebani hutang, walaupun kebanyakan mereka tergolong dalam kalangan memiliki pendapatan yang berpatutan.

Statistik Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) juga  menunjukkan ramai yang terpaksa berhutang apabila memerlukan wang ketika menghadapi kecemasan.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Dato Marzunisham Omar berkata, masalah ini berlaku kerana masih ramai yang bergelut dengan masalah kewangan akibat pengurusan kewangan yang lemah sejak usia muda.

Menurut beliau, Kaji Selidik Rangkuman dan Keupayaan Kewangan yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati tahap pengetahuan kewangan rakyat Malaysia meningkat dengan konsisten sejak 2015.

“Bagaimanapun, kajian kami mendapati hampir separuh rakyat Malaysia sukar menyediakan RM1,000 bagi tujuan kecemasan atau situasi yang tidak dijangka,” katanya pada Majlis Perasmian LATerasi Kewangan Bank Negara Malaysia di sini, hari ini.

Tambah beliau, BNM telah melaksanakan pelbagai inisiatif secara aktif bagi mendekati pelbagai lapisan masyarakat agar tidak dibebani hutang.

“Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) yang diterajui Kementerian Pendidikan Tinggi, BNM, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan AKPK telah melaksanakan program pendidikan kewangan yang komprehensif menyasarkan golongan pelajar.

“FEN akan melancarkan program FEN PROAKTIF bertujuan melengkapkan belia dengan kemahiran pengurusan kewangan sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan. Sembilan universiti telah tampil untuk menerajui inisiatif rintis ini termasuk Universiti Malaysia Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan