Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nelayan diingatkan agar sentiasa berwaspada ketika melaksanakan sebarang aktiviti di laut berikutan amaran Monsun Timur Laut (MTL). Foto: TVS

Nelayan diingatkan berwaspada hadapi Monsun Timur Laut

MUKAH, 9 Nov: Komuniti nelayan diingatkan agar sentiasa peka dan berwaspada sekiranya melakukan aktiviti di laut berikutan amaran Monsun Timur Laut (MTL) yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, cuaca tidak menentu berikutan musim MTL di seluruh negara khususnya di Sarawak boleh mendatangkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sekiranya lalai dengan tahap keselamatan diri.

“Saya ingin menasihati khususnya kepada nelayan yang sering ke laut supaya sentiasa berhati-hati, mendapatkan maklumat terkini mengenai cuaca sebelum sebelum ke laut. Sekiranya cuaca tidak mengizinkan, saya nasihatkan agar menangguh aktiviti ke laut.

Pada masa yang sama, saya ingin menasihatkan para nelayan memastikan peralatan keselamatan berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi TVS pada hari ini.

Menurutnya antara peralatan yang perlu ada di bot para nelayan termasuklah jaket keselamatan dan pelampung malah bot juga perlu dilengkapi dengan sistem pengesanan global (GPS) serta alat perhubungan radio sebagai langkah bagi membendung sebarang insiden kehilangan nyawa dan harta benda.

“Saya yakin seperti mana yang pernah kita lalui sebelum ini khususnya, kita di Sarawak ini melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memang telahpun bersiap sedia. Kita juga memang mempunyai JPBN di peringkat bahagian dan daerah.

“Saya percaya juga semua JPBN ini telah diarahkan untuk mengaktifkan jawatankuasa ataupun bilik gerakan masing-masing,” katanya lagi.

Dalam satu kenyataan MetMalaysia, musim tengkujuh di negara ini dijangka bermula pada Sabtu ini (11 November) dan berterusan sehingga Mac tahun depan.

Sepanjang tempoh itu, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku khususnya di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Barat Sarawak. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan