LAWAS, 9 Nov: Seorang lelaki yang hanyut dalam kejadian banjir kilat di Jalan Sungai Sepakoi, semalam, dijumpai lemas pagi ini.
Mayat Silas Sudai, 63, ditemui pada 7 pagi oleh pekerja Projek Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) di antara Kuala Sungai Sepakoi dan Sungai Long Tengoa pada 7 pagi, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas, Azman Ibrahim berkata mangsa dijumpai di kedudukan jarak tiga kilometer mangsa dilaporkan hilang.
“Mangsa telah dijumpai oleh pekerja Kimlun Sdn Bhd yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan jalan raya SSLR di antara Kuala Sungai Sepakoi dan Sungai Long Tengoa di kawasan tebing bebatu pada jarak tiga kilometer mangsa hanyut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – TVS