Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Kuching. Foto: TVS

51 orang rakyat Sarawak, masih terkandas di Myanmar

KUCHING, 9 Nov: Seramai 51 orang rakyat Sarawak masih terkandas di Myanmar ekoran menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan yang tidak wujud.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, laporan berkenaan dengan kes tersebut diterima daripada ahli keluarga mangsa sendiri yang berada di Malaysia.

Menurutnya, mangsa menghubungi ahli keluarga masing-masing untuk memaklumkan bahawa mereka telah terkandas di Myanmar selepas mendapati janji tawaran pekerjaan itu tidak wujud.

Laporan tersebut kata Mohd Azman telah diterima daripada pelbagai kawasan di seluruh Sarawak seperti Kuching, Miri dan Sibu.

Jelasnya, ramai yang terpedaya dengan tawaran tersebut akibat dijanjikan gaji yang lumayan.

“Kita terima laporan di Sibu, Miri dan Kuching daripada ahli keluarga yang mana mereka telah dihubungi oleh anak, saudara mara ataupun mangsa bahawa mereka telah terkandas di Myanmar.

“Ia akibat daripada janji awal untuk mendapat tawaran kerja di pusat pusat kasino dan hotel dengan tawaran gaji yang lumayan dalam bentuk mata wang USD.

“Namun, apabila sampai di sana mereka dapati benda itu tidak berlaku seperti yang dijanjikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Astaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, hari ini.

Untuk disiasat lanjut, pihaknya telah serahkan kepada pihak polis di Bukit Aman.

Terdahulu, beliau dalam satu kenyataan pada 29 Sept 2023 bahawa telah menerima laporan seramai 30 orang mangsa telah selamat dibawa pulang ke Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan