Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Sarawak 2023

Terajui ekonomi hijau, Sarawak diiktiraf Kerajaan Eropah, Singapura, Jepun

BySheera Abang Mansor

KUCHING, 8 November: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Sarawak telah menerima pengiktirafan daripada kerajaan Eropah, Singapura, dan Jepun sebagai peneraju serantau dalam inisiatif ekonomi hijau.

Pada masa sama menurut beliau Sarawak turut menerima jemputan untuk berkongsi pandangan tentang strategi penyahkarbonan, peralihan tenaga dan inisiatif pembangunan ekonomi hijau negeri ini.

Berikutan itu, Abang Johari mengakui Sarawak mempunyai kelebihan berbanding wilayah lain di negara ini dalam aspek ekonomi hijau.

“Inisiatif ini akan membawa Sarawak ke arah kelestarian alam sekitar dan seterusnya menyumbang kepada menangani perubahan iklim.

“Sarawak adalah peneraju serantau dalam inisiatif ekonomi hijau dan komited untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, selaras dengan matlamat kerajaan Malaysia berikutan resolusi Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (COP26),” kata beliau.

Beliau berkata demikan menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Sarawak 2023, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari mengakui inisiatif ekonomi hijau merupakan salah satu usaha negeri ini dalam membantu dunia menangani perubahan iklim global, selain usaha memanfaatkan trend mega global dalam era globalisasi, pendigitalan, revolusi perindustrian keempat dan ekonomi sirkular.

Usaha ini kata beliau lagi bukan sahaja akan menarik lebih banyak pelaburan ke Sarawak, malah menjana lebih banyak pendapatan untuk Sarawak, dan berkongsi pendapatan tersebut untuk kesejahteraan rakyat negeri ini.

Bertemakan “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”, sambutan HASN Peringkat Negeri Sarawak 2023 kali ini bertepatan dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan perkongsian tanggungjawab ke atas alam sekitar tidak hanya disandarkan kepada Kerajaan malahan juga kepada masyarakat.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan