Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Envato

Sarawak dahului peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia – Uggah

ByMadeline Dugat

KUCHING, 8 Nov: Sarawak kini berada di barisan hadapan dalam peralihan kuasa boleh diperbaharui selaras dengan usaha menjana pertumbuhan mampan dan sifar bersih di Asia.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, negeri ini juga mempunyai keupayaan untuk menawarkan tarif kuasa tanpa subsidi yang paling kompetitif di Asia Tenggara.

Menurut beliau ia sekali gus dapat menarik negara luar datang untuk melakukan pelaburan mereka di negeri ini.

“Baru-baru ini, kita turut menawarkan penjualan tenaga boleh diperbaharui dijana di Sarawak kepada Singapura.

“Sarawak juga telah memulakan pengeluaran ammonia hijau, metanol hijau dan hidrogen hijau yang dijadualkan untuk pengeluaran komersial menjelang 2028,” katanya.

Beliau berkata demikia pada Majlis Konvokesyen Ke-27 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR Putra) di sini, hari ini.

Pada masa sama, kata Uggah inisiatif berkenaan juga mempamerkan komitmen kerajaan negeri untuk mengurangkan pelepasan karbon, menerima penyelesaian tenaga bersih dan mendorong Sarawak ke era yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Selain itu, Uggah turut berkata Sarawak berpotensi menjadi hab dalam pelbagai bidang kerjasama antara Malaysia dan Indonesia pada masa akan datang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan