Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Penganjur BENCONF 2023, Dr Lau Seng bercakap kepada pemberita selepas kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni di Kuching. Foto: TVS

BENCONF 2023 diadakan di Kuching pada 15-16 Nov ini

KUCHING, 8 Nov: Persidangan Alam Sekitar Borneo 2023 (BENCONF 2023) bakal diadakan di Bandaraya ini pada 15 dan 16 November ini.

Persidangan julung kali itu dijangka akan dihadiri seramai 230 orang peserta selain mengenengahkan tema berkaitan mengetahui dan mengurus perubahan iklim.

Menurut Pengerusi Penganjur BENCONF 2023, Dr Lau Seng, persidangan tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran sekali gus menjelaskan kepada orang ramai tentang perubahan iklim yang berlaku.

Lau menambah ia bukan sahaja bertindak untuk menyampaikan maklumat namun turut mendidik atau memberikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menghadapi perubahan iklim yang berlaku.

Tambahnya antara kesan perubahan iklim yang perlu diambil kira adalah seperti musim kemarau, banjir atau tanah runtuh.

“Ini adalah untuk memberikan satu kesedaran kepada rakyat jelata berkenaan perubahan iklim

“Persidangan ini adalah untuk berikan penjelasan kepada orang ramai supaya mereka tahu apa sebenarnya perubahan iklim dan apakah tindakan yang kita boleh lakukan untuk membantu mengatasi keadaan yang berubah.

“Hal ini kerana kita perlukan bagaimana kita nak menghadapinya terutamanta bila ada iklim yang berubah seperti banjir dan juga musim kemarau,” katanya semasa ditemui pemberita selepas kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni di Kuching pada Rabu.

Tambah beliau, persidangan kali ini lebih memfokuskan kepada penyertaan daripada Sarawak selain beberapa perwakilan dari luar negeri.

Namun pada masa akan datang, kata Lau lagi pihaknya akan memperluaskan penyertaan dengan menarik peserta dari luar negara seperti Brunei Darussalam dan Kalimantan, Indonesia.

“Ia bertujuan untuk meluaskan pengaruh di kepulauan borneo dan seterusnya ke peringkat Asia.

“Kebanyakannya dari Sarawak tapi ada juga dari Kuala Lumpur dan ada juga mewakili persatuan persatuan dari antarabangsa.

“Persidangan pertama kali ini, kita tumpukan kepada sarawak dan pada masa akan datang luaskan kita akan tarik perhatian dari Kalimantan, Indonesia dan Brunei Darussalam.

“Kita harap pada masa akan datang kita akan perkembangkan untuk meluaskan pengaruh sehingga Asian,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut berharap agar persidangan kali ini dapat menjadi platform untuk para peserta berkongsi serta bertukar pandangan berkenaan perubahan iklim. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan