Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan ketika sidang media Persidangan Keempat Makanan dan Masyarakat di Kuching. Foto: TVS

Sarawak dahului usaha praktikkan amalan pelancongan bertanggungjawab

KUCHING, 7 Nov: Sarawak sudah mendahului dalam usaha mewujudkan garis panduan bagi mempraktikkan amalan pelancongan yang bertanggungjawab.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, ia selaras dengan matlamat Pembangunan Lestari (SDG) oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan Sarawak telah mengetengahkan tiga SDG mengenai pelancongan.

Menurutnya, antaranya adalah pendidikan berkualiti, penggunaan dan pengeluaran bertanggungjawab serta perkongsian untuk matlamat.

“Seiring dengan persidangan tersebut, Sarawak mahu menjaga serta mempromosi kekayaan sistem makanan yang terdiri daripada sumber warisan semula jadi dan budaya.

“Pelancongan yang bertanggungjawab adalah mengenai memberi impak positif kepada tempat yang kita lawati dengan bertanggungjawab terhadap alam sekitar, manusia, serta warisan ketara dan tidak ketara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Persidangan Makanan dan Masyarakat di Kuching hari ini.

Beliau berkata, kerjasama melalui persidangan kali ini akan dapat membawa kepada kolaboarasi dalam menilai konsep utama yang perlu diamalkan dalam pelancongan yang bertanggungjawab.

“Kemampanan, keterangkuman dan pelancongan berasaskan komuniti (CBT) adalah kunci yang perlu dipraktikkan bagi menggapai objektif itu.

“Kerjasama itu boleh membawa kepada refleksi kolaboratif tentang konsep utama yang patut diserapkan secara ke dalam cara kita mengamalkan pelancongan yang bertanggungjawab,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan