Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan seorang pelajar tingkatan empat dan rakannya bersama ganja 10 kg yang dianggarkan bernilai RM31,000 di Kampung Banggol Petaling, Pasir Mas. Foto: Envato

Polis tahan pelajar tingkatan empat dan rakan bersama ganja 10kg

ByBernama

KOTA BHARU, 7 Nov: Polis menahan seorang pelajar tingkatan empat dan rakannya bersama ganja seberat 10 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM31,000 di Kampung Banggol Petaling, Pasir Mas, dekat sini, Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas Supt Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata tangkapan dua suspek lelaki masing-masing berusia 16 dan 18 tahun itu dilakukan ketika mereka sedang berada dalam sebuah kereta Perodua Kancil di lokasi berkenaan pada 3.15 petang.

“Hasil semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkait kes dadah. Ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek juga didapati positif ketamin.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 12 Nov bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis ingin menegaskan bahawa usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah bukannya sekadar tanggungjawab pihak berkuasa namun masyarakat secara umumnya perlu mempunyai kesedaran untuk turut serta.

“Pihak polis menyeru kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di talian 09-7932222 atau di balai-balai yang berdekatan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan