Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Adam Yii Siew Sang pada sidang media Perarakan Krismas Bandar Raya Miri 2023 di Miri, hari ini. Foto: TVS

Perarakan Krismas Bandar Raya Miri dijangka meriah

MIRI, 7 Nov: Perarakan Krismas Bandar Raya Miri (MCCP) di Miri City Fan pada 3 Disember dijangka disertai 40,000 orang.

Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, 13 gereja terlibat dalam MCCP yang ke 14 tahun diadakan yang bertemakan ‘Jesus Christ, Our True Peace’.

“Acara ini merupakan satu acara penting di Miri . Saya sangat gembira selama ini pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan gereja telah bekerjasama dengan baik dalam menganjurkan acara ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, program dijadual bermula 5 petang yang merangkumi pujian, penyembahan dan persembahan oleh gereja yang mengambil bahagian.

Laluan perarakan membabitkan Miri City Fan, Jalan Kipas, Jalan Sylvia, Jalan Brooke, Jalan Bendahara, Jalan Nakhoda Gampar, Jalan South Yu Seng, Jalan North Yu Seng, Jalan Datuk Merpati dan Jalan Kipas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan