Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Bernama

Pelaksanaan projek tahun ini lebih baik tapi belum memuaskan – PM Anwar

ByBernama

PUTRAJAYA, 7 Nov: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan projek-projek pada tahun ini ketimbang tahun lepas adalah lebih baik, tetapi belum cukup memuaskan.

Sehubungan itu Anwar yang juga Menteri Kewangan meminta semua kementerian mempercepatkan pelaksanaan projek-projek yang dirancang sebelum akhir tahun ini.

“Unjuran perbelanjaan dan perlaksanaan untuk 2023 kena atasi 90 peratus pelaksanaan. Kita harapkan pelaksanaannya dapat dipercepatkan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini,

Katanya beliau juga telah meminta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk menyelaraskan kecepatan pelaksanaan projek-projek pelaburan dalam negara.

“Sering kali cabaran yang dihadapi adalah berhubung pelaksanaan keputusan-keputusan utama, termasuk berkaitan projek-projek, itu yang selalu menjadi masalah… kita nak mudahkan cara berurusan,” katanya.

Sementara itu, Anwar meminta Bank Negara dan Petronas yang mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) supaya berkongsi kepakaran dalam bidang berkenaan dengan jabatan-jabatan kerajaan.

Perdana Menteri berkata beliau telah berbincang dengan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Rasheed Ghaffour supaya kepakaran itu dimanfaatkan oleh jabatan kerajaan.

“Bidang ICT dalam sektor awam perlu penambaikan dan berubah dengan pantas, seiring dengan perubahan bidang ICT yang disifatkan mencabar dan luar biasa pada masa kini,” katanya.

Beliau berkata dalam usaha untuk mempertingkatkan kepakaran dan kemahiran dalam bidang ICT di negara ini, kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan kerajaan pimpinannya.

“Ini soal transformasi digital, peralihan tenaga, hala tuju baharu bagi perundustrian, itu semua persoalan menggapai sesuatu yang tinggi, tetapi dalam menggapai langit jangan kita lupa untuk berakar di bumi… kita juga harus fikir masalah-masalah asas rakyat seperti harga barang, tandas sekolah dan jalan berlubang,” katanya. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan