Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan nekad sekumpulan lelaki yang bertindak melarikan diri selepas diserbu ketika leka bersabung ayam gagal apabila kesemua mereka ditahan polis di Jalan Stubah -Tanjung Manis pada Jumaat. Foto hiasan Envato

Lelaki ditetak rakan akibat enggan beri pinjam wang

ByBernama

SEREMBAN, 7 Nov: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menetak rakannya, selepas rakannya itu enggan meminjamkan wang dalam kejadian di Bukit Pelandok, Port Dickson di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, suspek berusia 33 tahun dengan 12 rekod jenayah berkaitan dadah itu merupakan individu yang dikehendaki polis, dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata, suspek direman enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dan polis turut merampas sebilah parang di sebuah rumah di Taman Murni, Chuah pada 1.50 pagi tadi, dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian.

Dalam kejadian semalam, polis menerima laporan daripada orang awam pada 6.15 petang berhubung serangan hingga mengakibatkan seorang lelaki berumur 33 tahun mengalami kecederaan di bahagian tapak tangan kiri, siku kanan serta lutut kanan.

“Punca kejadian adalah kerana lelaki itu enggan meminjamkan wang kepada suspek, dan suspek ketika itu yang dalam pengaruh alkohol bertindak melanggar serta menyerang mangsa menggunakan parang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan