Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi mempengerusikan mesyuarat bagi menjelaskan peranan dan tanggungjawab agensi bekalan air dan telekomunikasi di Kuching, hari ini. Foto: MUT

Gangguan bekalan air, telekomunikasi premis Persekutuan berpunca tak diselenggara dengan baik

KUCHING, 7 Nov: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) sering menerima aduan bekalan air dan telekomunikasi di premis Kerajaan Persekutuan berpunca dari sistem retikulasi air dalaman tidak diselenggara dengan baik.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata antara isu bekalan air  dihadapi di permis Persekutuan adalah pam dan tangki air tidak diselenggara serta kebocoran paip air.

“Berdasarkan kepada The Water Supply Regulations, 1995, agensi bekalan air di Sarawak hanya bertanggungjawab untuk membekal air dan menyelenggara fasiliti bekalan air sehingga ke meter air premis sahaja,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat bagi menjelaskan peranan dan tanggungjawab agensi bekalan air dan telekomunikasi.

Mengenai liputan telekomunikasi kurang memuaskan, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Sarawak juga menjalankan ujian audit rangkaian mudah alih dan tetap secara berkala.

Kerajaan Persekutuan juga melaksanakan projek telekomunikasi Point of Presence (PoP) yang melibatkan 741 sekolah di Sarawak.

Projek PoP ini merupakan infrastruktur telekomunikasi yang tersedia untuk menerima perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi untuk sekolah-sekolah di kawasan pedalaman Sarawak.

Beliau berharap kemudahan infrastruktur telekomunikasi ini turut dilengkapi perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi di sekolah berkaitan bagi tujuan pendidikan dan pembelajaran di sekolah.

“Penyelenggaraan bekalan air serta liputan dan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di premis Kerajaan Persekutuan bukan di bawah tanggungjawab Kerajaan Sarawak.

“Saya menyeru agar agensi Kerajaan Persekutuan memastikan sistem retikulasi dalaman bekalan air dan perkhidmatan telekomunikasi di premis Kerajaan Persekutuan diselenggara dan berada di tahap yang baik,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan