Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (dua kanan) memotong riben sebagai simbolik perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Asajaya, Kota Samarahan. Foto: TVS

KPKT rancang bina lebih banyak Balai Bomba dan Penyelamat di Sarawak

ASAJAYA, 6 Nov: Sejumlah RM64.8 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan projek baharu fizikal kelengkapan untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi tahun hadapan di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukan itu bagi perolehan baharu dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jentera serta aset-aset milik jabatan berkenaan.

Katanya, bagi memperkasakan perkhidmatan kebombaan di Sarawak beberapa projek pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) akan dilaksanakan pada tahun hadapan iaitu BBP Sungai Asap, Kuaters Bomba di BBP Tatau dan BBP Daro.

“Kita juga sedang merancang untuk membina BBP baharu di Tanjung Manis Mukah, Balai Bomba Julau, Lubuk Antu, Batu Kawa dan juga di Kota Sentosa.

“Ini semua sedang dalam perancangan dan kita akan lakukan dengan seberapa cepat yang mampu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan BBP Asajaya hari ini.

Beliau berkata, pembinaan tiga Balai Bomba dan Kuaters kediaman itu akan dimulakan pada tahun hadapan dan dijadual siap dalam tempoh 18 bulan, perancangan bagi pembinaan balai bomba di Lubok Antu, Batu Kawa, Julau, Tanjong Manis dan Kota Sentosa, ia masih memerlukan kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Kementerian Ekonomi.

“Dari segi KPTKT, kita tidak mempunyai masalah untuk membina kesemua balai-balai bomba tersebut.

“Dengan pembinaan dan siapnya kemudahan balai-balai bomba tersebut termasuk yang sedang dalam perancangan akan menjadikan Sarawak negeri yang mempunyai jumlah BBP terbanyak di Malaysia,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan