Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menyaksikan pertukaran MoU antara Mohamed Khaidir Abang dan Profesor Dr Shanti Faridah Salleh di Kuching, hari ini. Foto: TVS

DBKU ketengah aplikasi perahu tambang menerusi projek pengangkutan sungai

KUCHING, 6 Nov: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengetengahkan aplikasi perahu tambang menerusi Projek Menghidupkan Semula Pengangkutan Sungai Bandar Raya Kuching.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata aplikasi berkenaan menyediakan maklumat tempat hentian dan jadual penambang, tempat menarik untuk setiap perhentian dan tempahan pakej dalam talian

“Objektif projek legasi ini adalah untuk meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi dan kehidupan masyarakat termasuk pengusaha perahu tambang,” katanya berucap pada Majlis Perasmian ‘City Stage and Legacy Project’ di sini, hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) Hilmy Othman, Pengarah DBKU Mohamed Khaidir Abang, Ketua Pegawai Eksekutif Urbanise Malaysia Norliza Hashim dan Pengarah Institut Tenaga Mampan dan Boleh Diperbaharui UNIMAS Profesor Dr Shanti Faridah Salleh.

Mengulas lanjut, beliau berkata ia adalah inisiatif untuk mengekalkan warisan Sungai Sarawak yang merupakan projek warisan sempena Forum Bandar Malaysia (MUF) 2023.

Usaha itu juga berupaya menarik pelancong di samping memberi manfaat kepada pengusaha perahu tambang.

Beliau berkata usaha tersebut secara tidak langsung membantu pemuliharaan warisan perahu tambang serta menjadikan Kuching sebagai bandar raya hijau.

Majlis itu turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara DBKU dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam usaha bersama mencapai bandar raya dan kampus rendah karbon.

Sementara itu, MUF 2023 berlangsung lima hari dari 4 hingga 8 November membabitkan 106 acara dan 300 penceramah yang mengambil bahagian dalam dialog, perhimpunan, sesi khas dan sesi meja bulat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan