Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nga Kor Ming ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Malaysia SDG Cities Network dan Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 di Kuching, hari ini. Foto: TVS

24 PBT di Sarawak kemuka Pelan Hala Tuju Bandar Pintar SDG

ByDouglas Elliot

KUCHING, 6 Nov: Sebanyak 24 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sarawak telah mengemukakan Pelan Hala Tuju Bandar Pintar berlandaskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata usul tersebut telah diserahkan kepada ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat bagi tujuan penilaian.

“Saya ingin berikan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sarawak menerusi Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak atas usaha padu mereka.

“Semua pihak berkuasa tempatan bukan sahaja digalakkan malah dikehendaki untuk turut serta,” katanya ditemui pada Majlis Pelancaran Malaysia SDG Cities Network dan Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Kebangsaan (SHHS) 2023 di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Sarawak, Datuk Michael Tiang dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Hilmy Othman.

Program Bandar Pintar SDG Malaysia yang dikendalikan oleh URBANICE Malaysia bertujuan menggalakkan bandar membangunkan Pelan Hala Tuju SDG 2030 mereka dan melaksanakan program dan projek yang selari dengan matlamat global dan kebangsaan.

Dalam ucapannya, Kor Ming memaklumkan bahawa 45 daripada 155 majlis tempatan di seluruh Malaysia telah memulakan Pelan Hala Tuju Bandar Pintar SDG mereka untuk mencapai 17 Matlamat SDG yang merangkumi 169 sasaran.

Dalam masa sama, beliau juga menekankan pembangunan mampan bagi menghadapi status negara menua.

Malaysia kini mempunyai lebih 26 juta rakyat yang tinggal di bandar raya dan bandar, termasuk 1.65 juta penduduk di bandar-bandar di Sarawak.

“Malaysia akan menjadi negara menua menjelang 2045. Sebanyak 14 peratus rakyat Malaysia akan berumur 65 tahun ke atas. Ini membawa cabaran baharu dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan persekitaran yang kondusif dan mudah diakses.

“Oleh itu bandar dan persekitaran bandar kita mestilah mesra warga emas dan jantina,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan