Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap merasmikan Konvensyen Khas Parti PBB Zon Sibu sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka hari ini. Foto: TVS

Sarawak teliti kemungkinan pinda semula undang-undang berkaitan SEB

SIBU, 5 Nov: Kerajaan Sarawak sedang meneliti kemungkinan untuk meminda semula undang-undang yang berkaitan dengan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau amat yakin dengan sumber air semula jadi yang ada di negeri ini dalam menjana tenaga elektrik dan dapat dipertingkatkan menerusi projek empangan hidroelektrik melata.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu menjelaskan beliau akan berkongsi inovasi baharu itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada pertengahan November ini.

“Jika elektrik kita banyak, saya akan pinda undang-undang SEB di DUN bulan ini. Ada cara supaya orang tempatan kita boleh terlibat dengannya.

“Kita akan pinda undang-undang, ada caranya tunggu DUN bersidang pada 20 November ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Khas Parti PBB Zon Sibu sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka di Hotel Kingwood di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, beberapa kawasan di luar bandar Sarawak berpotensi untuk menjana tenaga boleh diperbaharui.

“Ada wakil di Kapit memberitahu saya, Sungai Gat dapat dilaksanakan perancangan itu. Saya beritahu, kalau hendak kita akan buat di Sungai Gat, Kapit.

“Selepas itu, di bawah air terjun kita akan bina turbin. Buat turbin, maka keluarlah elektrik, ikan dapat, oksigen dapat, elektrik pun dapat,” jelasnya.

Dalam pada itu, lebih 2,700 perwakilan dan pemerhati dari 23 cawangan parti menghadiri menghadiri konvensyen itu yang merupakan siri terakhir selepas Zon Kuching, Zon Betong dan Zon Utara.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan