Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

PRK Jepak: Kemenangan GPS bukti kepimpinan Abang Johari diyakini rakyat Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 5 Nov: Kemenangan besar calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak membuktikan keyakinan rakyat di negeri ini terhadap kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kawasan Jepak telah menjadi kawasan yang sangat maju, rakyat melihat hanya GPS yang mampu menerajui untuk memajukan dan membangunkan lagi kawasan tersebut.

“Saya sangat gembira dengan keputusan PRK Jepak. Memang saya ada turut serta dalam berkempen dan kita perhatikan sambutan rakyat amat positif.

“Saya rasa (kemenangan) itu juga menunjukkan keyakinan rakyat terhadap dasar beliau, terhadap program pembangunan yang telah kita laksanakan serta hala tuju yang beliau bawa di Sarawak terutamanya dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Makan Malam Gala Persekutuan Persatuan Veterinar Asia (FAVA) ke-22 dan Kongres Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia (MAVMA) ke-33 bagi tahun 2023, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, kata Uggah, beliau juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi atas sokongan mereka dan seterusnya memastikan GPS menjalankan tugas untuk memenuhi mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

“Saya yakin wakil rakyat baharu, orang baharu, orang yang mempunyai pendidikan, saya telah melihat beliau sebelum ini, jadi saya amat yakin bahawa beliau akan dapat memenuhi segala jangkaan rakyat,” katanya.

PRK Jepak menyaksikan calon GPS, Iskandar Turkee menang dengan majoriti 8,784 undi.

Iskandar, 54, bekas pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) cawangan Sarawak menewaskan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.

Iskandar memperoleh 9,638 undi, Stevenson 854 undi dan Chieng 431 undi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan