JEPAK, 4 Nov: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendahului pengiraan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak setakat ini.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 6.15petang, calon GPS, Iskandar Turkee meraih 338 undi meninggalkan jauh dua lawannya, Stevenson Joseph Sumbang dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dengan 26 undi dan Chieng Lea Phing dari Parti Aspirasi Sarawak (ASPIRASI) dengan sekadar meraih empat undi.
Pengiraan undi itu dilakukan di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Suarah, Bintulu yang bermula pada jam 5.55 petang.
Berita lanjut menyusul. – TVS