Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga daripada 14 pusat mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak ditutup pada jam 4 petang. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

PRK Jepak: Tiga pusat mengundi ditutup

ByHafeezzur Muzamir

JEPAK, 4 Nov: Tiga daripada 14 pusat pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak ditutup pada jam 4 petang.

Berdasarkan pekeliling Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), tiga pusat mengundi yang ditutup itu masing-masing di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Setulan, SK Kuala Annau dan Tabika Kemas Kuala Segan.

Ketiga-ketiga pusat mengundi yang ditutup itu melibatkan kawasan daerah mengundi Kuala Tatau dan Segan.

11 pusat mengundi yang lain akan ditutup jam 5.30 petang dengan kesemua peti mengundi akan dihantar ke pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah, Bintulu.

Sehingga jam 3 petang, SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi adalah 45 peratus.

PRK DUN Jepak menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee dengan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI), Chieng Lea Phing. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan