Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohammad Fazi Juhilai ketika ditemui TVS di sini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

PRK Jepak: Pengundi buang undi memakai busana tradisional curi perhatian

ByHafeezzur Muzamir

JEPAK, 4 Nov: Seorang pengundi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jepak menarik perhatian ramai di lokasi itu apabila hadir membuang undi dengan menggayakan busana tradisional Melayu.

Mohammad Fazi Juhilai, 59, ketika ditemui TVS berkata, dirinya menggayakan pakaian sedemikian berikutan akan menghadiri majlis perkahwinan anak buahnya di Sebauh.

“Sebenarnya hari ni ada majlis perkahwinan, jadi saya fikir alang-alang nak pergi itu, saya singgah sekejap untuk mengundi, tidak perlu ulang-alik lagi.

“Lagipun bagi saya tidak salah menggayakan busana seperti ini, pilihan raya ini ibarat hari raya, jadi kena pakai cantik-cantik,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika disoal mengenai kepentingan untuk turun mengundi, Fazi berkata, ia merupakan tanggungjawab setiap rakyat khususnya penduduk di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak untuk memilih wakil rakyat yang tepat.

“Mengundi ini adalah tanggungjawab kita sebagai orang Islam, kena tunaikan. Kepada sesiapa yang belum turun mengundi, turunlah kerana ini untuk masa depan Jepak,” katanya.

PRK DUN Jepak menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee dengan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) Chieng Lea Phing. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan