Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Iskandar Turkee (tiga kanan) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak dengan majoriti 8,784 undi. Foto: TVS

PRK Jepak: Iskandar Turkee tepati ramalan, pertahankan kerusi DUN Jepak

ByMuqri Aziz

BINTULU, 4 Nov: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak dengan majoriti 8,784 undi.

Beliau berjaya menewaskan dua pencabar yang lain selepas meraih 9,638 undi berbanding calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang yang memperoleh 854 undi.

Sementara itu, calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) Chieng Lea Phing hanya sekadar meraih 431 undi.

Sehubungan itu, Iskandar Turkee menang dengan majoriti yang tinggi berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 iaitu dengan 4,243 yang diraih penyandang Allahyarham Datuk Talib Zulpilip.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandang kerusi berkenaan, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan