Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Iskandar Turkee serta isteri Dayang Loha Awang Sahari mengundi di Sekolah Kebangsaan Bintulu, hari ini. Foto: Muqri Aziz (TVS)

PRK Jepak: Iskandar Turkee serta isteri mengundi di SK Bintulu

BINTULU, 4 Nov: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee serta isteri Dayang Loha Awang Sahari menunaikan tanggungjawab membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintulu pada kira-kira 8.45 pagi.

Pasangan berkenaan itu ditemani ibu bapanya yang turut mengundi di sekolah itu ialah Hamdiah Abdullah dan Turkee Hamzah.

Setelah 14 hari berkempen, hari ini merupakan ‘ujian terbesarnya’ kerana dinilai oleh 22,731 pengundi.

“Hari ini suasananya lain daripada lain. Alhamdulillah, cuaca begitu cerah. Sungguhpun begitu, saya memohon kepada pengundi DUN Jepak untuk menjalankan tanggungjawab mereka turun mengundi hari ini.

“Saya juga tekankan kepada pengundi belia juga untuk jalankan tanggungjawab kerana ia tidak mengambil masa lama,” katanya ketika ditemui.

Ini kerana menurutnya sangat penting kepada generasi kini untuk menjalankan tanggungjawab mereka dalam proses demokrasi di Malaysia.

Sehingga 9 pagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan 13 peratus pengundi sudah mengundi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan