Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang (tengah) bersama para sukarelawan selepas Majlis Flag-Off Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa Ke Sarawak 2023 pada Jumaat. Foto: Kementerian Perpaduan Negara

KPN mahu jadikan Malaysia sebagai contoh dalam aktiviti kesukarelawanan

ByIzzah Kamilah Yunus

PORT DICKSON, 4 Nov: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hub dan negara contoh dalam aktiviti kesukarelawanan dalam kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan Malaysia Madani.

Menterinya, Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, satu Konvensyen Sukarelawan Nasional 2024 perlu diadakan bagi mengumpul sukarelawan aktif di negara ini, untuk berbincang mengenai hala tuju gerakan sukarelawan dalam kalangan rakyat dan generasi muda.

“KPN melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) turut memainkan peranan penting dalam membawa agenda perpaduan melalui aktiviti kesukarelawanan.

“Tema ‘Perpaduan Melalui Kesukarelawanan’ telah dipilih sebagai gagasan utama YSS membangunkan mahasiswa yang holistik dan seimbang dalam melibatkan diri dalam aktiviti kebaikan sejagat,” katanya ketika berucap di Majlis Flag-Off Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa Ke Sarawak 2023 pada Jumaat.

Ujarnya, misi yang bermula 3 hingga 16 November itu, akan melibatkan 95 orang sukarelawan siswa termasuk 12 orang alumni.

“Ia membabitkan enam kawasan di negeri Sarawak iaitu, Sungai Maong Petrajaya, Nanga Machan Kanowit, Daha Serian, Ba’kelalan, Lawas, Long Laput Telang Usan dan Long Kevok Telang Usan.

“Misi berimpak tinggi ini bertujuan untuk melahirkan pemimpin sukarelawan siswa di pentas global di samping menggalakkan penglibatan siswa dan komuniti setempat dalam aktiviti kesukarelawanan,” katanya lagi.

Untuk rekod, YSS telah melaksanakan program di Sabah pada 1 hingga 18 September yang lalu melibatkan seramai 94 orang Pemimpin Sukarelawan Siswa dari seluruh negara dan turut diadakan di Kedah dan Kelantan pada tahun 2024.

Pelaksanaan program ‘Ini Warisan Kita’ merupakan salah satu inisitif di bawah flagship Kembara Perpaduan yang diperkenalkan oleh KPN dalam usaha melestarikan perpaduan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan masyarakat pelbagai kaum tentang kepelbagaian khazanah warisan negara.

Ia sekali gus memberi fokus kepada enam pillar kesukarelawanan iaitu perpaduan dan pemerkasaan komuniti, penambahbaikan pendidikan dan pembangunan kapasiti, kelestarian alam sekitar, program kesihatan, transformasi digital dan mobilisasi impak sosial. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan