Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Mohamad Amin. Foto: TVS

Kemampuan Maritim Malaysia diserlahkan dalam Eksesais Maritim Perkasa Timur

KUCHING, 4 Nov: Pelaksanaan Eksesais Maritim Perkasa Timur telah menunjukkan kemampuan mereka untuk menjaga hak kepentingan negara khasnya yang melibatkan kawasan perairan.

Antara kawasan perairan di bawah jagaan pihak Maritim negara adalah seperti Laut China Selatan, Laut Selat Melaka dan Laut Sulu.

Sarawak bakal terima OPV 1 hujung bulan ini | TVS

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Mohamad Amin, pelaksanaan eksesais kali ini telah memfokuskan kepada Laut China Selatan yang mempunyai kepentingan ekonomi pada negara.

Katanya, laut tersebut mempunyai hasil sumber untuk industri minyak dan gas seperti petroleum dan juga gas asli untuk Sarawak dan Sabah.

“Bagi industri perikanan, pihak Maritim turut menjaga kepentingannya di Zon Ekonomi Eksklusif perairan itu bagi memastikan keterjaminan makanan dalam negara terutama untuk bekalan sumber protein bagi tempoh masa panjang.

“Semua sedia maklum perairan negara kita contohnya melibatkan Selat Melaka, Laut Cina Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi buat kali ini. Kita fokus kepada Laut Cina Selatan yang mempunyai kepentingan ekonomi pada negara.

“Kita ada deposit petroleum dan gas asli yang amat besar yang mana dia akan memberi ekonomi yang baik pada industri petroleum dan juga gas asli negara terutamanya di Sabah dan Sarawak.

“Dalam masa yang sama kita juga menentukan keberadaan aset untuk menjaga kepentingan industri perikanan di zon ekonomi eksklusif negara di Laut Cina Selatan untuk tempoh masa jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup Eksesais Maritim Perkasa Timur 2/23 Maritim Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Tambah Hamid, bagi mencapai objektif menentukan keselamatan kesiapsiagaan di perairan Sarawak, dua lagi kapal peronda akan diberikan bagi mengatur gerak ke Kem Merudu dan Kem Kimanis.

Jelasnya, kapal yang sedia ada dan sedang beroperasi setakat ini hanya terdapat di Kem Tegas dan Kem Maling.

“Sekarang yang sedia ada Kem Tegas dan Kem Maling telah diatur gerak di sini dan sedang beroperasi.

“Seterusnya, hujung tahun ni OPV 1 dan juga kapal yang akan diberi oleh pasukan sahabat awal tahun hadapan dalam jangka masa ini juga kita akan mengatur gerak ke Kem Marudu dan Kem Kimanis ke Sarawak.

“Ini untuk mencapai objektif menentukan keselamatan kesiapsiagaan kita terutamanya di perairan Sarawak, ini kerana perairan Sarawak ini banyak minyak,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan