Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyeru para pengundi menunaikan tanggungjawab demokrasi dengan turun beramai-ramai pada PRK DUN Jepak. Foto: TVS

PRK Jepak: Raikan demokrasi, pilih calon demi kesinambungan pembangunan

BINTULU, 3 Nov: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyeru para pengundi menunaikan tanggungjawab demokrasi dengan turun beramai-ramai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, esok.

Beliau turut menyaran agar 22,731 pemilih memilih calon terbaik demi kesinambungan pembangunan.

“Jika anda memilih wakil rakyat yang tidak pandai memimpin, nescaya saya boleh lihat pembangunan di kawasan ini akan terbantut.

“Turunlah mengundi tidak kira cuaca pada esok panas atau hujan tetapi biar semangat untuk turun mengundi itu berkobar-kobar,” katanya ketika ditemui pada program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan JKKK Vaie, Kampung Kuala Segan di sini, hari ini.

Beliau berharap peratusan turun mengundi dapat mencapai 80 peratus.

Sehubungan itu, beliau menyeru cawangan-cawangan dan ranting-ranting di sekitar kawasan Jepak untuk mendidik pengundi mengenai perkara yang patut dilakukan semasa membuang undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan para pengundi tidak keluar pada saat-saat akhir dan digalakkan supaya keluar mengundi mengikut masa keluar mengundi seperti tercatat pada aplikasi MYSPR semak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan