Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pandi Suhaili berkata sokongan padu akan mengukuh perpaduan yang menjadi tonggak utama dalam menentukan kestabilan politik Sarawak.

Persatuan Anaq Vaie Bintulu sokong Iskandar

ByHafeezzur Muzamir

JEPAK, 3 Nov: Persatuan Anaq Vaie Bintulu (PAVB) dan seluruh ahlinya menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Presidennya, Pandi Suhaili berkata, sokongan itu dibuat bagi mengukuhkan perpaduan yang menjadi tonggak utama dalam menentukan kestabilan politik Sarawak dan DUN Jepak.

“PAVB menolak sebarang bentuk spekulasi dan fitnah yang sedang menjalar semasa kempen PRK DUN Jepak dengan tujuan untuk mencemar nama baik Presiden, PAVB serta kepimpinan Persatuan Anaq Vaie dan seluruh ahlinya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya, PAVB amat menjunjung semangat perpaduan, kesetiaan dan menyeru semua ahli PAVB untuk bersama-sama menyatakan komitmen dan sokongan padu terhadap calon GPS.

Pandi turut menegaskan persatuan itu turut menyokong penuh kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

PRK DUN Jepak menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Iskandar, Stevenson Joseph Sumbang dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Chieng Lea Phing dari Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan