Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang media sempena lawatan kerja ke tapak projek Bangunan Pentadbiran Baru Bintulu, hari ini. Foto: TVS

Pembinaan pangkalan TLDM tingkatkan lagi tahap keselamatan Bintulu – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

BINTULU, 3 Nov: Pembinaan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) di Samalaju akan mempertingkatkan lagi tahap keselamatan di Bintulu yang terkenal sebagai kawasan perindustrian.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tahap keselamatan yang ditingkatkan sekali gus bakal menarik lebih banyak pelaburan masuk ke Bintulu.

“Kemungkinan juga jumlah anggota polis akan dipertingkatkan kerana saya telah diberi taklimat oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak semalam mengenai penambahan pasukan polis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerja ke tapak projek Bangunan Pentadbiran Baru Bintulu, di sini, hari ini.

Pada Khamis, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pembinaan MAWILLA 4 di Samalaju akan dimulakan sejurus menerima surat rasmi daripada Kerajaan Sarawak.

Perkara itu didedahkan Mohamad selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia, Kuching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan