Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Kastam Pulau Pinang, Hamisan Kalip (tengah) menunjukkan rokok putih disyaki seludup yang dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bersama mi segera pada sidang media di Stor Penguatkuasaan JKDM Bagan Jermal di Butterworth hari ini. Foto: TVS

‘Mi segera’ berisi 5.7 juta batang rokok seludup tumpas

BUTTERWORTH, 3 Nov: Misteri sebuah kontena yang mengandungi mi segera terbongkar selepas pemeriksaan kastam menemui rokok seludup dianggarkan cukai hampir RM3.7 juta di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor, baru-baru ini.

Pengarah Kastam Pulau Pinang, Hamisan Kalip berkata, operasi kira-kira pukul 3.15 petang itu menemui lebih 5.7 juta batang rokok putih di dalam 1,832 kotak yang bertanda mi segera.

Menurutnya, kesemua rokok disyaki tidak berkastam tersebut dianggarkan bernilai RM461,721.60.

“Modus operandi digunakan adalah dengan mengikrar dagangan sebgai ‘noodle soup’ (mi sup) dalam Bill of Lading dan Manifes Import (K4).

“Rokok-rokok tersebut disorokkan di dalam kotak bertanda ‘instant noodle’ (mi segera) yang diletakkan bersama bungkusan-bungkusan mi segera,” katanya pada sidang media di Stor Penguatkuasaan JKDM Bagan Jermal di sini hari ini.

Ujar Hamisan, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 47 tahun yang merupakan pengurus sebuah syarikat penghantaran bagi siasatan lanjut sebelum dia dibebaskan dengan jaminan.

“Siasatan mendapati kontena itu dikendalikan sebuah syarikat perkapalan dan penghantaran yang mempunyai cawangan di Pelabuhan Klang.

“Menerusi dokumen-dokumen yang diperolehi, dagngan itu disyaki berasal dari sebuah negara di Asia Barat,” katanya.

Hamizan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) dan Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967 serta Seksyen 74(1)(e) Akta Eksais 1976. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan