Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelanggaran itu mengakibatkan kesemua lembu mati selain berlaku beberapa kerosakan pada tren lapan gerabak itu antaranya di bahagian enjin. Foto: PDRM.

Kereta api langgar 14 ekor lembu, 336 penumpang terselamat

ByBernama

KUANTAN, 3 Nov: Seramai 336 penumpang dan lima kru kereta api Ekspres Rakyat Timuran (ERT) terselamat selepas tren dinaiki mereka merempuh 14 ekor lembu di KM84.50 – KM84.75 antara Stesen Bahau dan Stesen Triang, Bera pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata dalam kejadian sekitar 3.10 pagi itu tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan ke atas penumpang.

Katanya pelanggaran itu mengakibatkan kesemua lembu mati selain berlaku beberapa kerosakan pada tren lapan gerabak itu antaranya di bahagian enjin.

“Perjalanan tren dari Gemas, Negeri Sembilan ke Tumpat, Kelantan itu kemudian diteruskan selepas pemeriksaan kerosakan dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.

Sementara itu, beliau berkata insiden berkenaan bukannya yang pertama dilaporkan di lokasi berkenaan, berikutan telah berlaku kejadian sama pada 31 Okt lepas apabila tren membawa 400 penumpang melanggar lima ekor lembu.

Beliau berkata tindakan sewajarnya harus dilakukan oleh pihak terbabit termasuk penternak yang perlu lebih bertanggungjawab dalam menjaga haiwan ternakan mereka.

“Tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkaitan perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk di masa akan datang,” katanya. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found