KUCHING, 3 Nov: Bintulu Port Holdings Berhad bangga apabila berpeluang menaja penganjuran Sarawak Regatta 2023.
Ketua Kumpulan Perkhidmatan Korporat, Maslihah Tioh berkata tahun ini merupakan tahun pertama penglibatan Bintulu Port sebagai rakan strategik.
“Sebagai badan korporat, yang kami banggakan ialah kami dijemput sebagai salah satu pasukan dalam kategori VVIP,” katanya kepada TVS ketika wawancara bersama Fattah Bolh di Tebingan Kuching hari ini.
Katanya, Bintulu Port dijemput berlumba dalam kategori 20 orang pengayuh pada Ahad ini.
Temasya tahunan Sarawak Regatta berlangsung bermula hari ini hingga Ahad. – TVS
Saksikan wawancara Fattah Bolh bersama Ketua Kumpulan Perkhidmatan Korporat, Maslihah Tioh di bawah: