Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Julaihi Narawi ketika lawatan kerja di projek pembinaan Bangunan Pentadbiran Baru Bintulu, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS).

Abang Johari selar tindakan pihak guna NCR sebagai modal politik, kelirukan rakyat

ByHafeezzur Muzamir

BINTULU, 3 Nov: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyelar tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menjadikan Tanah Hak Adat Bumiputera (MCR) sebagai modal politik setiap kali pilihan raya.

Pihak berkenaan cuba mengelirukan rakyat kerana menurutnya Kerajaan Sarawak sentiasa mengiktiraf NCR mengikut perundangan malahan memberi pampasan kepada pemilik tanah yang sah sekiranya kerajaan mengambilnya untuk kegunaan projek pembangunan.

Guna NCR sebagai modal politik hanya kelirukan rakyat | TVS

“Kita ada Kanun Tanah dan akan membayar pampasan kepada pemilik tanah yang sah, selagi mana mereka mempunyai dokumen, jadi tiada masalah.

“Tetapi saya perhatikan tiap kali musim pilihan raya, isu NCR ini mesti dibangkitkan, kita terpaksa memberi penjelasan. Isu tanah ini hanya timbul setiap kali pilihan raya, tapi selepas pilihan raya tiada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerja ke tapak projek Bangunan Pentadbiran Baru Bintulu di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi.

Memberi contoh projek Darul Hana di Kuching, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak membayar pampasan kepada penduduk kampung yang terjejas untuk berpindah.

Pampasan yang diterima oleh penduduk kampung kemudiannya digunakan untuk membeli rumah baharu yang dibina oleh kerajaan.

Katanya, bagi ahli keluarga yang lain, mereka telah dipindahkan ke Sungai Bedaun dengan menikmati ruang kediaman yang luas serta infrastruktur jalan raya yang lebih baik.

Dalam pada itu mengulas mengenai projek pembinaan Bangunan Pentadbiran Baru Bintulu, beliau berkata ia merupakan salah satu bangunan strategik yang penting di kawasan membangun seperti Bintulu.

Abang Johari menjelaskan, bangunan itu yang sedang dalam fasa pembinaan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan