Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Rajah Murugaiah dan Dato Dr Jeniri Amir ketika memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Anneta Joseph Nilachee Perumal di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Abang Johari beri penghormatan terakhir kepada mendiang isteri wartawan veteran

KUCHING, 3 Nov: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Anneta Joseph Nilachee Perumal, isteri wartawan veteran, Rajah Murugaiah di kediamannya di Batu Kawa, di sini.

Beliau tiba di kediaman Rajah pada kira-kira 4.50 petang dan meluangkan masa kira-kira 20 minit bersama keluarga mendiang.

Mendiang meninggal dunia pada pukul 12.48 tengah hari semalam pada usia 62 tahun di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu seorang anak lelaki, Ravinraj Meyappan dan seorang anak perempuan, Linesha Meyappan.

Antara yang turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Felo Kanan Majlis Profesor Negara Dato Dr Jeniri Amir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan