Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Superintendan Rohizan Mohamad Saaid menunjukkan sebahagian rokok kretek seludup yang dirampas menerusi operasi di Kilometer 116.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Nibong Tebal dekat George Town, semalam. Foto: TVS

Tidak sempat edar 528,000 batang rokok seludup dari Terengganu ke negeri utara

GEORGE TOWN, 2 Nov: Seorang lelaki yang berperanan sebagai ‘transporter’ rokok seludup tidak sempat menghantar barang berkenaan dari Terengganu ke utara Semenanjung apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di Kilometer 116.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Nibong Tebal dekat sini semalam.

Pada Op Kontraban kira-kira pukul 6 pagi itu, suspek berusia 54 tahun ditahan ketika membawa 528,000 batang rokok kretek bernilai RM649,840 menggunakan sebuah van.

Timbalan Komander PPM Wilayah Satu, Superintendan Rohizan Mohamad Saaid berkata, suspek telah memandu van berkenaan pada waktu tengah malam sehingga awal pagi bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Katanya, khidmat tonto dipercayai turut digunakan, namun ketangkasan pihak berkuasa berjaya menahan suspek yang bergerak bersendirian.

“Keseluruhan (belakang) van yang menggunakan nombor pendaftaran palsu tersebut ditutup dengan kain hitam bagi mengelakkan guni-guni rokok dapat dilihat dari arah luar oleh penguat kuasa.

“Pasukan operasi kemudiannya menemui 55 guni berisi 4,400 karton atau 528,000 batang rokok jenis kretek di dalam van itu yang dianggar bernilai RM609,840 termasuk cukai,” katanya pada sidang media di Markas PPM Wilayah Satu, Batu Uban di sini hari ini.

Tambah Rohizan, siasatan mendapati suspek menjalankan kegiatan itu sejak tiga bulan lalu dengan upah RM500 bagi setiap penghantaran.

“Suspek dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan dua kali seminggu.

“Rokok terbabit dipercayai dibawa dari Indonesia menerusi jalan laut ke satu daerah di Terengganu sebelum dihantar ke negeri-negeri sekitar utara Semenanjung,” katanya lagi.

Ujar beliau, suspek yang memiliki satu rekod lampau itu direman selama 10 hari sehingga 10 November ini bagi siasatan mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan