Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Batu Kitang Datuk Lo Khere Chiang (dua dari kanan) ketika lawatan ke tapak projek cadangan pembesaran parkir Hospital Peringatan Rajah Charles Brooke, pada Rabu

Projek pembesaran parkir Hospital Peringatan Rajah Charles Brooke bermula tahun depan

BySheera Abang Mansor

KUCHING, 2 Nov: Projek pembesaran tempat letak kereta di Hospital Peringatan Rajah Charles Brooke (RCBM) akan bermula pada tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang berkata, projek yang dianggarkan mencecah kos RM250,000 hingga RM300,000 itu bertujuan untuk mengurangkan risiko kemalangan kecil di kawasan hospital.

Menurutnya, tempat letak kereta sedia ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah pelawat yang kian bertambah.

“Anggaran kos berkenaan termasuklah untuk menebang pokok, mengalihkan lampu jalan dan menyediakan kemudahan bawah tanah,” katanya ketika lawatan ke tapak itu semalam.

Sementara itu, Khere Chiang berkata, projek itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR).

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Warisan Masyarakat Hospital RCBM, Angeline Jong berkata, projek pembesaran tempat letak kereta itu juga bakal merangkumi pembinaan kawasan gerai jualan kecil bagi bekas pesakit kusta.

“Kami sedang melihat bagaimana untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti bekas pesakit kusta kerana ada yang menjual buah-buahan di sini pada waktu pagi.

“Oleh itu kami berharap menerusi bantuan JKR, kita akan dapat menyediakan ruang yang lebih besar dan teratur kepada mereka,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan