Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee menyifatkan siri-siri kempennya selama 13 hari telah menerima sambutan luar biasa dan maklum balas positif daripada penduduk yang tinggal di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

PRK Jepak: Iskandar terima maklum balas positif daripada pengundi

ByHafeezzur Muzamir

JEPAK, 2 Nov: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee menyifatkan kempennya selama 13 hari telah menerima maklum balas positif daripada penduduk yang tinggal di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Menurut Iskandar, rata-rata penduduk yang ditemui menyatakan sokongan padu terhadap dirinya untuk menerajui Jepak.

“Semalam saya berada di Kampung Kamunting, majoriti penduduk di situ memberikan sokongan padu kepada GPS.

“Mereka menyifatkan pembangunan infrastruktur yang dilakukan di Jepak adalah hasil daripada perancangan olehKerajaan GPS.

“Di sini saya melihat bahawa pengundi-pengundi menyatakan sokongan padu kepada saya supaya mencapai kemenangan mutlak dalam PRK ini dengan majoriti yang tinggi” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berkempen di Rumah Panjang Raphael, Samarakkan di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kempen di rumah panjang, Iskandar berkata, penduduk sentiasa mengalu-alukan kehadiran dirinya untuk berkempen.

“Saya terima maklum balas begitu positif termasuk di rumah panjang, tuai rumah ramai yang berhajat ingin berjumpa dengan saya.

“Selain itu, saya turut fokuskan kempen di kawasan kampung dengan memberi tumpuan memastikan golongan belia untuk turun mengundi,” jelasnya.

PRK DUN Jepak diadakan ekoran penyandangnya Datuk Talib Zulpilip meninggal dunia pada 15 Sept lepas.

Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Iskandar, Stevenson Joseph Sumbang dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Chieng Lea Phing dari Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI).

Sebanyak 22,804 pengundi DUN Jepak layak membuang undi pada Sabtu ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan