Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis memberkas seramai 96 warga asing bersama seorang warga tempatan selepas menyerbu sebuah rumah percutian. Foto hiasan: Envato.

Polis tahan 96 ‘scammer’ warga asing di rumah percutian

ByTVS

IPOH, 2 Nov: Polis memberkas seramai 96 warga asing bersama seorang warga tempatan selepas menyerbu sebuah rumah percutian yang dipercayai dijadikan pusat panggilan (calling center) penipuan pelaburan tidak wujud di Pulau Pangkor, Lumut dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, serbuan itu dibuat oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung hasil maklumat yang disalurkan orang ramai.

“Mereka yang ditahan adalah seorang lelaki warga tempatan, lelaki China (satu), lelaki Vietnam (65), perempuan China (satu) dan perempuan Vietnam (29).

“Suspek yang berusia 20 hingga 47 tahun itu disyaki terbabit dalam kes penipuan pelaburan tidak wujud atas talian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Yusri, pihaknya merampas tiga buah komputer riba, telefon bimbit (120), modem (dua), buku nota (dua) dan wang tunai RM51,254 bagi siasatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan