Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lee Hsien Loong menyaksikan pertukaran MoU antara Rizal dan Lee Chuan Teck. Foto: Anwar Ibrahim (FB)

MoU antara SME Malaysia dan Enterprise Singapore bakal dorong pertumbuhan PMKS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia) dan Enterprise Singapore di Singapura pada 30 Okt lepas yang bertujuan merintis jalan ke arah memperkukuh hubungan dua hala dan mendorong pertumbuhan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) kedua-dua negara.

Pemeteraian MoU tersebut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong bersempena lawatan kerja Anwar ke sesi Permukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10.

MoU tersebut ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia Rizal Nainy dan Ketua Pegawai Eksekutif Enterprise Singapore Lee Chuan Teck.

Rizal dalam satu kenyataan hari ini berkata MoU tersebut bakal membawa kepada kerjasama lebih erat serta kemakmuran ekonomi untuk Malaysia dan Singapura khususnya dalam pembangunan PMKS menerusi perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik.

“Kedua-dua negara amat mengharapkan untuk mengambil peluang daripada potensi sektor PMKS masing-masing dan memanfaatkan kerjasama ini bagi menyokong aspek keusahawanan, inovasi dan pertumbuhan ekonomi. MoU yang dimeterai ini sememangnya satu peristiwa penting buat kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata kerjasama yang dijalinkan memberikan tumpuan kepada aspek latihan, pendigitalan, kelestarian dan akses pasaran yang lebih luas untuk PMKS kedua-dua negara.

Menurutnya, SME Corp Malaysia telah mengenal pasti lapan sektor yang akan diberi keutamaan untuk aktiviti padanan perniagaan termasuk pertanian pintar, elektrik dan elektronik, aeroangkasa, peranti perubatan, industri halal, minyak dan gas, pelancongan dan biomas.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan