Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat mangsa ditemui orang awam di kawasan lapang tapak pembinaan berhampiran Taman Betek di Jalan Kapit By-Pass, Selirik dekat sini petang Rabu. Foto: IPD Kapit

Lelaki tidak hadir bekerja tiga hari ditemukan mati di Kapit

KAPIT, 2 Nov: Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak hadir bekerja sejak tiga hari terungkai apabila ditemukan mati di kawasan lapang berhampiran Taman Betek, Jalan Kapit By-Pass Selirik dekat sini petang semalam.

Mayat Gelayan Mendan, 35, yang bekerja sebagai buruh dan berasal dari Rumah Apang, Sungai Majau, Kanowit ditemukan orang awam sekitar pukul 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Rohana Nanu berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Kapit bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan tersebut.

“Sampai di lokasi, pihak polis menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan meniarap dan dipercayai telah meninggal dunia sejak tiga hari.

“Hasil pemeriksaan tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri namun pengecaman mayat yang dilakukan oleh abang mangsa di Hospital Kapit hari ini mengesahkan itu mayat adik kandungnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Rohana memberitahu bahawa abang kandung mangsa memaklumkan mereka tinggal bersama namun tidak berusaha mencari adiknya yang sering tidak balik ke rumah.

Rohana berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kapit untuk bedah siasat.

“Setakat ini polis masih belum mengetahui punca sebenar kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan