MIRI, 2 Nov: senQ Digital Station, salah sebuah jenama terbesar jualan perkakas elektrik dan gajet elektronik di Malaysia, kini melebarkan sayapnya ke Borneo menerusi pembukaan Grand senQ yang pertama di Bintang Megamall.
Presiden Senheng Electric (KL) Sdn Bhd, KC Lim berkata, Grand senQ itu terletak hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dan 45 minit dari sempadan Brunei.
Kata beliau, Grand senQ Bintang Megamall menawarkan struktur kedai berkembar untuk suasana membeli-belah yang eksklusif untuk penduduk Miri, kawasan pedalaman dan juga pelanggan dari Brunei.
“Ruangan yang luas membolehkan Grand senQ ini menempatkan lebih 100 jenama terkemuka dan lebih 300 produk demonstrasi. Ini bagi membolehkan pelanggan untuk mencuba produk tersebut sebelum membuat keputusan yang terbaik.
“Peluasan Grand senQ adalah sejajar dengan salah satu tonggak hala tuju perniagaan syarikat tahun ini iaitu peningkatan pengalaman pelanggan.
“Di Grand senQ, kami sentiasa mendahulukan pelanggan,” jelasnya menerusi kenyataan media.
KC Lim yang juga salah seorang pengasas jenama senQ berkata, pihaknya juga berterima kasih kepada jenama-jenama yang sentiasa memberi sokongan kepada mereka dalam menjayakan pembukaan Grand senQ ini termasuk Samsung, LG, Panasonic, Sharp, Sony, HONOR, Haier, OPPO, Tefal, Toshiba dan AEON Credit Service.
Sementara itu, senQ juga menawarkan pelbagai tawaran hebat kepada pelanggan yang melawat Grand senQ Bintang Megamall sepanjang sambutan pembukaan rasmi bermula 2 hingga 5 November 2023.
“Untuk pelanggan baharu, mereka boleh menikmati Ekstra Jaminan Tambahan Satu Tahun untuk RM9.90 dengan pembelian mereka. Tawaran lain termasuk pulangan S-Coin sehingga 50 peratus untuk 80 model eksklusif, tawaran tukar beli untuk pulangan S-Coin bernilai sehingga RM200 serta baucar pembelian semula bernilai sehingga RM150 untuk aksesori atau jaminan tambahan.
“Lebih menarik, peluang pendaftaran sebagai ahli PlusOne, program kesetiaan senQ juga dibuka kepada orang ramai yang ingin mendaftar,” ujarnya.
Bagi pelanggan yang telah menyertai keahlian PlusOne, mereka juga boleh menikmati faedah yang tersedia untuk ahli PlusOne, seperti Ekstra Jaminan Tambahan Satu Tahun secara percuma, Servis OMO (Online-Merge-Offline), pulangan S-Coin, mata ganjaran PlusOne, pelbagai kaedah pembayaran, pelan pembayaran mudah 0 peratus dan banyak lagi.
Orang ramai boleh mengunjungi cawangan Grand senQ Bintang Megamall untuk mendapatkan tawaran hebat sempena pembukaannya.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web http:///www.senq.com.my atau ikuti media sosial senQ di Facebook, Instagram dan Twitter. -TVS