KUCHING, 2 Nov: Pelakon terkenal, Angelina Jolie terus memberi sokongan terhadap Palestin yang dibedil rejim zionis Israel sejak 7 Oktober lalu.
Angelina Jolie melalui laman sosial Instagram pada Rabu berkata, pemimpin dunia terlibat dengan penjenayah kerana tindakan enggan melakukan gencatan senjata untuk kemanusiaan.
“Tindakan sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada mengenakan satu (Palestin) daripada dua pihak, pemimpin ini bersifat penjenayah,” katanya.
Angelina meluahkan perasaan simpati itu dengan hantaran di laman sosial Instagram mengenai tragedi pengeboman ke atas Jabaliah, kem pelarian terbesar di Gaza.
“40 peratus dari penduduk Gaza yang terbunuh adalah kanak-kanak yang tidak bersalah. Jutaan penduduk awam termasuk kanak-kanak, wanita dan keluarga dihukum dengan tidak berperikemanusiaan.
“Semuanya atas sebab kekurangan makanan, ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan,” jelasnya.
Banyak pihak termasuk peminatnya menyokong hantaran yang dimuat naik Angelina dengan jumlah suka melebihi 2 juta.
Terdahulu, Angelina pernah meluahkan belas kasihan dalam hantaran di laman sosial Instagram empat hari lepas terhadap penduduk Gaza yang tidak bersalah akibat serangan pengganas Israel.
Bagaimanapun, kebanyakan pihak di komen hantaran itu kurang senang dengan kenyataan Angelina. – TVS