Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima cenderamata daripada Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Tan Sri Mohd Bakke Salleh pada Majlis Perasmian Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kampus Bintulu hari ini. Foto: K-Ong Morni (TVS)

Sarawak belanja RM2.7 bilion perkasa sektor pendidikan – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

BINTULU, 1 Nov: Kerajaan Sarawak telah membelanjakan sebanyak RM2.7 bilion bagi sektor pendidikan di negeri ini dalam tempoh tiga tahun dengan RM2 bilion diperuntukkan bagi pembangunan infrastruktur dan RM700,00 lagi bagi pelaksanaan program melibatkan guru dan pelajar, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri bagi memantapkan sektor pendidikan disebabkan kelewatan penerimaan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Sarawak guna duit sendiri tingkat kualiti pendidikan | TVS

“Sebenarnya mahu tak mahu kita (Sarawak) kena guna duit sendiri disebabkan Kerajaan Pusat kadang-kadang lambat. Apabila mereka lambat untuk membangunkan sekolah di negeri ini, mahu tak mahu Kerajaan Sarawak perlu menampung perbelanjaan tersebut.

“Tetapi bagi saya, ia adalah pelaburan yang sangat berfaedah kerana kita membangunkan sektor pendidikan di negeri ini untuk masa depan kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kampus Bintulu di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang dan Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Dalam pada itu, mengulas mengenai majlis itu, Abang Johari merakamkan tanda penghargaan kepada PETRONAS kerana membangunkan institusi pendidikan dengan peralatan dan kemudahan yang canggih untuk Sarawak.

“Bagi Bintulu, ini adalah bukti kerjasama Kerajaan Sarawak dengan rakan kongsi kami untuk memastikan anak-anak Sarawak berpeluang sepenuhnya untuk menimba ilmu dan menguasai bidang penting dalam membina masa depan Sarawak,” katanya.

MRSM Bintulu yang baharu dibangunkan melalui usaha sama antara PETRONAS dan Kerajaan Sarawak menerusi Yayasan Sarawak dengan menelan kos RM122 juta.

Fasiliti itu yang dijadual mula beroperasi pada Mac 2024 menjadikannya MRSM keempat di negeri ini selain kampus di Kuching, Betong dan Mukah.

Untuk rekod, MRSM Bintulu meliputi kawasan seluas 22,000 meter persegi dan boleh menempatkan sehingga 450 pelajar yang akan memberi peluang kepada pelajar di Sarawak, khususnya di Bintulu untuk mendapat akses pendidikan berkualiti dan merangsang minat dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Antara kemudahan yang ditawarkan kampus baharu itu termasuk bangunan pentadbiran, blok akademik, pusat sumber, asrama pelajar, pusat pelajar, dewan makan, dewan serbaguna, astaka, surau, kediaman kakitangan, kediaman guru, bangunan tambahan dan kemudahan sukan dan lain-lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan