Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan di Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 di Ibu Pejabat JBPM Sarawak di Kuching hari ini. Foto: TVS

Penggunaan Bahasa Inggeris diterima pakai di agensi Persekutuan di Sarawak

KUCHING, 1 Nov: Penggunaan Bahasa Inggeris dalam urusan rasmi kerajaan khususnya di jabatan dan agensi Persekutuan di Sarawak adalah diterima pakai selain Bahasa Melayu dan bahasa tempatan pelbagai etnik negeri itu.

Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan berkata, ia adalah menghormati hak keistimewaan hubungan antara Persekutuan dengan Sarawak.

Bahasa Inggeris diterima pakai dalam urusan rasmi Sarawak | TVS

“Kita terima surat ditulis dalam bahasa sama ada Bahasa Melayu ataupun dalam Bahasa Inggeris dan sekiranya dihantar dalam bahasa lain pun kita akan cuba untuk layan dan mendapatkan terjemahan yang sesuai sebab kita perlu faham tentang hak dan keistimewaan antara Persekutuan dan Sarawak,” katanya.

Ahmad Nadzri berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan pihak agensi dan jabatan kerajaan akan mendapatkan terjemahan bersesuaian sekiranya perlu bagi memastikan objektif perkhidmatan itu sampai kepada rakyat.

“Saya tidak rasa ia satu masalah. Tulis dalam apa juga bahasa yang mana-mana masyarakat rasakan sesuai, kita tidak boleh paksa masyarakat untuk menulis dalam satu bahasa yang sekiranya dia tidak rasa selesa.

“Kerajaan ataupun agensi kerajaan mempunyai keupayaan untuk mendapatkan khidmat terjemahan yang sesuai,” katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan peringatan supaya jabatan kerajaan tidak melayan sebarang surat yang ditulis dalam bahasa selain bahasa kebangsaan Bahasa Melayu.

Sementara itu, Kerajaan Sarawak mengekalkan kebebasan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk urusan rasmi di agensi dan jabatan di bawah pentadbiran kerajaan negeri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan