Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Ose Murang ketika mengadakan perjumpaan bersama Residen Bahagian Kuching, Norleha Shariff di Pejabat Residen Kuching pada Rabu. Foto: TVS

Pemohon status Bumiputera, layak warisi pemilikan tanah NCR

KUCHING, 1 Nov: Pengiktirafan status Bumiputera kepada anak-anak hasil daripada perkahwinan campur ibu atau bapa peribumi Sarawak melayakkan mereka menerima hak keistimewaan setaraf rakyat negeri ini.

Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datu Ose Murang berkata mereka ini juga layak menerima pemilikan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) daripada warisnya.

Beliau berharap pemohonan yang difailkan setakat ini akan diluluskan dalam tempoh 15 hari akan datang sekali gus menyaksikan lembaran sejarah baharu kepada Sarawak menerusi pindaan Ordinan Tafsiran 2022 yang diwartakan sebelum ini.

“Apa yang dimaklumkan, selepas mesyuarat pertama kelak, jawatankuasa akan menentukan kelulusan pemohonan dalam tempoh 15 hari.

“Kita berharap pemohonan yang dihantar akan diluluskan, dan ini harus didedahkan kepada kepada orang awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika selepas mengadakan perjumpaan bersama Residen Bahagian Kuching, Norleha Shariff di pejabatnya di Kuching pada Rabu.

Mengulas lanjut, kata Ose, secara teknikal anak-anak tidak layak menerima hak keistimewaan termasuk pindah milik tanah NCR jika tidak diiktiraf sebagai Bumiputera Sarawak.

Jelasnya ia telah termaktub di dalam undang-undang lama, Ordinan Tafsiran 2005 sebelum dipinda dan diluluskan pada 15 Februari 2022, Ordinan Tafsiran (Pindaa) 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

“Bagi pasangan ibu bapa yang bukan peribumi, mereka tidak dapat mewariskan harta ibu atau bapa kepada anak-anak mereka.

“Saya ada tanah, isteri saya bukan peribumi seperti saya, jadi saya tidak dapat memindah pemilikan itu kepada anak-anak saya kerana di bawah peruntukan undang-undang lama, mereka tidak diiktiraf sebagai Bumiputera,” ujarnya.

Berbeza dengan keadaan ketika ini, melalui pindaan yang dibuat kata Ose, selagi ibu atau bapa adalah peribumi dan warganegara Malaysia, urusan pindah hak milik harta boleh dilakukan dengan mudah.

“Tetapi sekarang selagi salah seorang ibu bapa adalah anak jati, kelahiran Malaysia, warganegara Malaysia dan anak kandung maka anak-anak saya akan menjadi Bumipitera. Jadi sekarang saya boleh memindahkan jika saya melakukan hartanah saya kepada mereka dan mereka diiktiraf sepenuhnya sebagai bumiputera,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan