Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada Program Mesra Bersama Pemimpin anjuran empat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) iaitu Kampung Baru Laut, Kampung Baru Tengah, Kampung Baru Darat dan Kampung Kemunting di Dewan Serbaguna Belia Kampung Kemunting di sini, pada Rabu. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Kestabilan politik Sarawak yakinkan pelabur dari Abu Dhabi – TPM Fadillah

ByMuqri Aziz

BINTULU, 1 Nov: Kestabilan politik yang diamalkan oleh Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyakinkan pelabur dari Abu Dhabi untuk melabur dalam Tenaga Boleh Diperbaharui di Sarawak.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, ia berikutan hasil pertemuan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama syarikat-syarikat dari Abu Dhabi di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia mempunyai dasar dan perundangannya khusus mengenai Tenaga Boleh Diperbaharui seperti tenaga solar, angin dan hidroelektrik dalam usaha merealisasikan masa depan sifar bersih di negeri itu.

“Hasil lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Abu Dhabi pada awal bulan lalu, beliau berjaya membawa pulang pelaburan sebanyak RM40.6 juta ke Malaysia dan mereka berminat untuk melabur di Sarawak

“Empat pelabur dari Abu Dhabi ketika ditemui Awang Tengah telah menyatakan hasrat mereka untuk melabur di Sarawak dan ini jelas bahawa Sarawak kini melangkah ke hadapan dalam konteks Tenaga Boleh Diperbaharui,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Mesra Bersama Pemimpin anjuran empat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) iaitu Kampung Baru Laut, Kampung Baru Tengah, Kampung Baru Darat dan Kampung Kemunting di Dewan Serbaguna Belia Kampung Kemunting di sini, pada Rabu.

Turut hadir calon GPS Iskandar Turkee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Idris.

Fadillah dalam pada itu mengakui kejayaan GPS nyata terserlah apabila diiktiraf oleh Bank Dunia bahawa Sarawak antara negeri berpendapatan tinggi di Malaysia dan antara fsktor kejayaan itu adalah kestabilan politik.

“Dengan stabilnya politik yang kita pegang di Sarawak maka rakyatnya mendapat manfaatnya dengan banyak projek-projek pembangunan yang dibangunkan oleh kerajaan negeri terutamanya di kawasan Jepak.

“Bukan itu sahaja, GPS juga menstabilkan politik di peringkat nasional sehinggakan terpilihnya saya sebagai Timbalan Perdana Menteri pertama dari Sarawak dan seterusnya tertubuhnya Kerajaan Perpaduan,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Fadillah menyeru kepada pengundi DUN Jepak untuk menyatakan sokongan padu kepada GPS demi menjamin pembangunan yang mampan di kawasan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan