Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri telah mencemar duli berjumpa dengan Missclyen ketika Kembara Kenali Borneo di Bintulu. Foto: FB Istana Negara & Kak Na

Bayi istimewa, Missclyen kini anak angkat Permaisuri

ByNina Azman

KUCHING, 1 Nov: Seperti mimpi, luah ibu kepada bayi istimewa, Theresa Guntin setelah menerima warkah dari Istana Negara bahawa Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berhasrat menjadikan Missclyen sebagai anak angkat.

Missclyen Roland yang berusia 2 tahun itu dilahirkan dengan wajah dan tubuh berbulu lebat akibat sindrom Congenital Generalised Hypertrichosis (CGH).

Menurut satu hantaran ibu kanak-kanak istimewa itu dalam akaun Facebook peribadinya, dia telah menzahirkan rasa syukur ekoran perutusan Tuanku Azizah kepada ayahnya telah menyatakan baginda akan membiayai perbelanjaan sekolah dan kos perubatan Missclyen.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri telah mencemar duli berjumpa dengan Missclyen ketika Kembara Kenali Borneo di Bintulu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan