BINTULU, 31 Okt: Sebuah pusat Tempat Transit Gelandangan (TTG) akan dibangunkan berhampiran dengan Jambatan Sungai Sibiew, Bintulu setelah menyaksikan kejayaan TTGĀ di Sibu.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata TTG Bintulu ini akan dijangka siap pada penghujung tahun 2025.
Menurutnya pembinaan pusat itu amat penting bagi memastikan gelandangan di sekitarnya mempunyai hak yang terjamin untuk mendapatkan tempat tinggal yang selamat dan disediakan makan dan minum serta pakaian.
āSekarang ini yang dibina ada dua bangunan yang satu untuk TTG Bintulu dan sebelahnya adalah bangunan iaitu Community Social Support Centre (CSSC) untuk TTG Bintulu ini ia nya akan menempatkan gelandangan.
āMengikut jadual yang telah dirancang, hujung tahun 2025 (siap pembinaan), Insha-Allah dah boleh digunakan,
āBintulu juga merekodkan bilangan gelandangan yang ketara seperti juga di Miri, Sibu dan Kuching,ā katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan sesi ‘Walkabout’ bersama calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee di Pasar Malam Bintulu di sini pada Isnin.
Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni dan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.
Katanya lagi, pembinaan TTG itu bukan sahaja akan menjadi penempatan sementera tetapi gelandangan tersebut akan diberikan juga kelebihan latihan bagi menjana pendapatan.
āKita melihat ini telah berjaya dilakukan di TTG Sibu dimana kita beri latihan seperti dalam bidang pertanian moden kemudian menternak ikan kemudian menternak ikan dalam sangkar dalam akuarium kemudian bagi wanita latihan menganyam menganyam beg yang sangat popular sekarang ini.
āKita juga akan membuat padanan pekerjaan dan juga motivasi dan dari segi keberkesanan kita sudah mempunyai rekod dimana ada mereka telah mendapat pekerjaan seperti pengawal keselamatan serta berkolaborasi dengan majlis berkuasa tempatan untuk membantu gelandangan untuk keluar daripada TTG dan memberikan bantuan sewa bulanan rumah,ā katanya lagi.
Fatimah yang juga Ketua Wanita GPS berkata masalah gelandangan juga satu daripada isu sosial yang dibangkitkan penduduk di DUN Jepak.
Menurut Fatimah, kementeriannya akan mempertingkatkan khidmat bantuan bagi menyebarluaskan maklumat berkaitan bantuan sosial yang disediakan kerajaan supaya tiada golongan terpinggir di negeri itu. – TVS